Sijil dan Transkrip Akademik
  1. Sijil dan Transkrip Akademik (versi BM & BI) boleh diperolehi daripada Unit Peperiksaan di cawangan MSU College masing-masing, bermula daripada 20hb April 2019 bagi MSU College Shah Alam; dan 7hb Mei 2019 bagi cawangan-cawangan MSU College yang lain.
  2. Para graduan di ingatkan untuk memastikan agar Sijil dan Transkrip Akademik ini tidak hilang. Ini adalah kerana pihak kolej tidak akan mencetak semula sijil dan transkrip graduan. Jika sekiranya dokumen ini hilang, hanya salinan sahaja yang disahkan benar sahaja akan dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM20.00 per salinan.
  3. Sebaik sahaja menerima Sijil dan Transkrip masing-masing, para graduan dinasihatkan untuk memeriksa dokumen yang berkenaan bagi memastikan semua maklumat yang dicetak adalah tepat. Sebarang kesilapan mestilah dilaporkan kepada Unit Peperiksaan dalam masa 2 minggu (daripada tarikh dokumen diambil), dan pembetulan akan dilaksanakan. Kesilapan yang dilaporkan selepas jangka waktu ini tidak akan dilayan.
  4. Untuk memungut Sijil dan Transkrip Akademik, para graduan mestilah memenuhi kriteria yang berikut:
      a) telah memulangkan jubah masing-masing kepada WA Outfitters Sdn Bhd. (Satu salinan 'Robe Rental Form' mestilah di tunjukkan sebagai bukti pemulangan).
      b) tiada sebarang yuran atau denda yang belum di jelaskan.
      c) tiada sebarang barang kepunyaan kolej yang belum dipulangkan seperti buku perpustakaan dsb.
  5. Jika sekiranya graduan tidak dapat untuk memungut Sijil dan Transkrip Akademik berkenaan, wakil untuk berbuat demikian boleh dilantik dengan mengeluarkan Surat Kuasa (Authorisation Letter) yang ditandatangani oleh graduan. Surat ini perlu dialamatkan kepada Pengetua dengan menyatakan nama dan no Kad Pengenalan wakil yang dilantik.

Copyright © 2018 - Management and Science University