Pergerakan dan Protokol semasa menerima skrol
  1. Majlis Graduasi adalah majlis rasmi institusi. Oleh itu protokol pakaian wajib diikuti. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan graduan tidak dibenarkan untuk menyertai majlis.
  2. Pakaian
    Item Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan
    Baju Baju Melayu berwarna Hitam / Biru Gelap dengan sampin, ATAU Lounge Suit berwarna Hitam atau Biru Gelap Pakaian yang sesuai dan sopan (seperti Baju Kurung, Kebaya, long skirt). Skirt pendek dan Jeans, TIDAK DIBENARKAN.
    Kasut Kulit / separa kulit; hitam / warna gelap Kasut bertutup (court shoes). Kasut bertumit tinggi tidak digalakkan.
    Rambut Pendek & kemas (graduan berambut panjang TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai majlis). Kemas & rapi

  3. Hanya Dua (2) pengiring (ibubapa/tetamu) sahaja dijemput dan dibenarkan masuk ke dalam Chancellor Hall. Tiada tambahan pengiring dibenarkan.
  4. Ibubapa dan tetamu jemputan mestilah berada di Chancellor Hall selewat-lewatnya pada jam 8.15 pagi sidang 1  dan jam 2.15 petang sidang 2.
  5. Graduan, ibubapa dan semua tetamu tidak dibenarkan meninggalkan majlis sehingga ianya tamat.
  6. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dewan.
  7. Pelajar dan Ibubapa di nasihatkan untuk bersarapan pagi sebelum memasuki dewan.
  8. Pelajar dikehendaki memasuki dewan dengan mengikuti arahan Marshal. Ibubapa pula akan di pandu oleh pegawai-pegawai yang bertugas (first-come-first-served basis).
  9. Setiap ibubapa dan tetamu mestilah menunjukkan kad jemputan masing-masing kepada pegawai yang bertugas di pintu masuk Chancellor Hall.
  10. Jambangan bunga TIDAK DIBENARKAN untuk di bawa masuk ke dalam Chancellor Hall. Sekiranya ibubapa/tetamu membawa jambangan bunga, diminta untuk meninggalkan di luar dewan dengan tanda nama.
Copyright © 2023 - Management and Science University